Terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh Imam Al Ghazali yang menjurus
kepada keperibadian guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya
seperti mana yang dicatat oleh H.M As’ad Al Hafiz (Abdul Salam Yusoff, 2003).
Antara syarat-syaratnya ialah:
1. Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik.
2. Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
3. Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk serta tidak riak.
4. Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim iaitu dengan tujuan
mencegah tindakan zalim tersebut.
5. Bersifat tawaduk dalam perbincangan.
6. Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.
7. Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajarnya.
8. Bersabar dan tidak mengherdik pelajar yang bodoh.
9. Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan cara yang sebaik-baiknya.
10. Berani berkata ‘saya tidak tahu’ terhadap masalah yang dia tidak faham.
11. Menampilkan hujah yang benar apabila berada dipihak yang salah dan bersedia
kembali kepada kebenaran.
Wallahu’alam.
kredit kepada : http://brofat.blogspot.com
ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
berjihadlah dengan bersedekah....
pasal aku
- donat montel
- seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..