skip to main | skip to sidebar

kata-kata harian

saya bantah harold mengguna kalimah Allah dalam penerbitan.



mari membaca al Quran

  • quran online
  • quran flash

Facebook Badge

Pak Long Evergreen

Create Your Badge

senang cari...

umum (28) luahan (21) heburan (19) sujudku (15) tahukah anda (12) bershama (7) hahha.... (6) kelas galak gedik gelenya...... (5) pendidikan (5) pendidikan khas (5) aku geram (3) anak manakan IB (2) tips (2) anak-anakku... (1) autisme (1) kerek (1)

pucuk ilmu

  • tok guru nik aziz
  • tuan guru haron din
  • dr fadzillah kamsah

taman ilmiah

  • dewan bahasa pustaka
  • fiqh dan sunnah
  • halaqah
  • harun yahya - english
  • harun yahya - melayu
  • luv islam
  • pendidikan khas
  • PERSADA
  • pondok
  • tanyalah
  • telaga biru
  • tutorial

pengisian

  • ▼ 2010 (22)
    • ► Apr 2010 (2)
    • ▼ Mac 2010 (7)
      • Huraikan maksud pendidikan khas.
      • sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negar...
      • surat misteri....
      • peribadi seorang guru menurut imam al-ghazali
      • lirik lagu Always be there
      • sambungan tugasan yang aku x berapa gemar... (pera...
      • tugasan yang aku benci tapi terpaksa buat...hehehe...
    • ► Feb 2010 (5)
    • ► Jan 2010 (8)
  • ► 2009 (84)
    • ► Dis 2009 (2)
    • ► Nov 2009 (18)
    • ► Okt 2009 (29)
    • ► Jul 2009 (28)
    • ► Jun 2009 (7)

sahabat seperjuangan

jeritan bertalu


ShoutMix chat widget

pemuda PAS Kedah

  • ahli parlimen PAS
  • pemuda negeri
  • padang teqap
  • sungai petani
  • padang seqai
  • baling
  • jeqelon
  • kola kedah
  • kubang pasu
  • meqebok
  • sik

che'gu lempoyang jenggot

blog yang membincangkan isu-isu yang tidak feymes seperti.........

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
anda mempunyai masalah gout? kencing manis? darah tinggi? insomnia??? berhubunglah dengan saya untuk mendapatkan susu kambing segera HiGoat. membantu anda hidup lebih ceria dan sihat. mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, minumlah susu kambing untuk mencegah penyakit lain. kan mencegah lebih baik dari mengubati. selain untuk kesihatan, susu kambing juga merupakan minuman sunnah yang diamalkan oeh Nabi Muhammad S.A.W.. anda tunggu apa lagi? minumlah susu kambing sebagai amalan sunnah dan kesihatan.. (sesiapa yang mengidupkan walau satu sunnah Nabi, maka dia memperoleh pahala seperti pahala 100 orang syahid)..untuk mendapatkan stok susu kambing, hubungi talian 0193858873. minumlah sekarang sebelum anda terlambat.

berjihadlah dengan bersedekah....

berjihadlah dengan bersedekah....
kami guru pelatih pendidikan khas berhajat kepada barang2 terpakai untuk diletakkan di kelas model pendidikan khas. antara bentuk barangan yang kami perlukan adalah soft toy, buku cerita, barangan eletronik, kain langsir, meja study, TV, radio, peti sejuk, permaidani, tikar getah, dan sebagainya. rasionalnya adalah kelas ini berfungsi sebagai makmal pendidikan khas yang menempatkan alat bantu mengajar dan sebagai kelas rujukan bagi guru2 pendidikan khas serta masyarakat prihatin yang peka terhadap kebajikan murid pendidikan khas. keterangan lanjut hubungi saya di talian 0133524189

pasal aku

Foto Saya
donat montel
seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
Lihat profil lengkap saya

20100322

sambungan tugasan yang aku x berapa gemar... (peranan pendidik dalam menjayakan gagasan 1Malaysia)


CABARAN DAN PERANAN PENDIDIK UNTUK MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengutamakan pendidikan dalam membentuk jati diri rakyatnya. Melalui pendidikan, segala cabaran dan gangguan yang datang dapat diatasi dengan mudah dan rasional. Dengan pendidikan juga, rakyat Malaysia beroleh ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan masyarakat dan negara. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh World Competitiveness Year Book yang dijalankan oleh Unit Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), sistem pendidikan negara mencapai tahap yang agak membanggakan apabila berada pada kedudukan ke 61 dari 174 pemerhatian terhadap sistem pendidikan negara dunia lain. Hal ini membuktikan pentadbiran negara meletakkan pendidikan sebagai asas kepada segala pembentukan nilai dalam negara.
Justeru, perlu dinyatakan bahawa pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk negara yang maju, makmur dan bebas merdeka. Peranan pendidik bukan hanya mengajar dan memberi ilmu, malah berfungsi sebagai medium yang menghubungkan rakyat dengan pemerintah. Dari seorang pendidik, rakyat biasa mampu memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara. Berdasarkan gagasan 1Malaysia, peranan pendidik amat dominan dan penting. Dari lapan nilai 1Malaysia, pendidikan telah diletakkan sebagai nilai utama yang mendokong gagasan 1Malaysia. Namun begitu, peranan pendidik dalam merealisasikan matlamat gagasan 1Malaysia bukan baru bermula, bahkan peranan pendidik sebagai pengikat perpaduan telah lama bermula sebelum merdeka dan berterusan sehingga kehari ini. Untuk menjayakan gagasan 1Malaysia terlebih dahulu kita perlu memahami tujuan utama gagasan tersebut. Gagasan 1Malaysia berkaitan dengan sebuah negara yang dikongsi secara bersama dari aspek politik, kekayaan sosial dan pembangunan ekonomi. Perkongsian ini wujud dalam bentuk perpaduan antara semua ahli masyarakat dalam negara ini. Dalam gagasan ini, setiap pihak mendapat hak yang telah ditetapkan dalam tradisi dan perlembagaan. Tiada hak pihak lain diambil untuk kepentingan pihak kita dan begitulah sebaliknya. Pelaksanaan yang cuba diterapkan adalah keadilan merentas kaum dan mencari titik persamaan di sebalik perbezaan yang wujud.
Sebagai seorang pendidik, peranan merealisasikan 1Malaysia harus bermula di sebuah negara kecil iaitu sekolah. Dalam hal ini, pendidik perlu cuba menyemai benih-benih pepaduan dalam kalangan murid. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, maka ketika di bangku sekolah adalah masa yang paling sesuai untuk menerap nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Seorang pendidik seharusnya membantu pelajarnya menonjolkan nilai murni yang sedia wujud dalam diri mereka. Dengan penerapan nilai murni ini, pelajar dapat menjaga adab sosial apabila bergaul. Hal ini seterusnya dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan mereka seterusnya membentuk masyarakat yang bersatu dan saling hormat menghormati.
Pendidik juga berperanan sebagai suri teladan kepada masyarakat sekitarnya. Bagi membantu merealisasikan matlamat 1Malaysia, pendidik perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat. Hal ini kerana para pendidik secara umumnya dihormati dan mempunyai taraf sosial yang tinggi dalam masyarakat. Justeru, segala tingkah laku dan perbuatan pendidik akan dinilai serta diperkatakan oleh masyarakat. Peranan pendidik ibarat duta kecil kepada gagasan 1Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri.
Setiap individu di dunia ini perlu mempunyai minda dinamis bagi mencapai kejayaan. Sekiranya seseorang itu berfikir secara statik, pencapaian yang cemerlang sukar untuk dicapai. Justeru, seorang pendidik perlu membuat anjakan paradigma dalam memastikan matlamat 1Malaysia dapat dicapai. Perubahan pemikiran amat penting bagi seorang pendidik. Dasawarsa kini, pendidik tidak lagi boleh berfikiran secara tradisional dan jumud. Mereka perlu keluar dari kepompong pemikiran yang terkepung dalam ruang yang sempit dan terkongkong. Berfikir hanya untuk kaumnya sendiri merupakan satu bentuk pencabulan kepada gagasan 1Malaysia yang mengkehendaki setiap rakyatnya berfikir sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Pendidik berperanan membuka minda pelajarnya agar lebih bersifat terbuka dalam bermasyarakat. Sikap dasar pintu tertutup yang diamalkan akan menjurus kepada perpecahan dan prejudis dalam masyarakat.
Namun begitu, dalam merealisasikan 1Malaysia ini, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh pendidik. Cabaran utama yang perlu diatasi adalah dari aspek perbezaan antara pelbagai etnik. Setiap etnik di Malaysia mempunyai budaya, adat dan agama yang berbeza. Justeru, seorang pendidik perlu mencari persamaan di sebalik perbezaan yang wujud dalam kalangan murid. Aspek perbezaan adakalanya boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan mengganggu sensitiviti pihak lain. Tugas pendidik adalah merapatkan jurang perbezaan agar setiap individu dapat menerima budaya sesama mereka.
Seterusnya adalah kesukaran menanam semangat kekitaan dalam diri setiap pelajar. Semangat kekitaan ini hanya dapat diwujudkan sekiranya setiap ahli dalam masyarakat sanggup menerima dan meletakkan kaum lain setaraf dengan mereka dalam negara ini. Sikap ini sukar dibentuk kerana terdapat sesetengah pihak yang menganggap diri mereka sebagai golongan yang terpilih atau the choosen one dan tidak mahu menerima pihak lain sebagai ahli masyarakat. Sikap diskriminasi ini amat berbahaya sekiranya tidak dihapuskan dari masyarakat. Justeru, para pendidik perlu memainkan peranan dalam membentuk jati kekitaan dalam diri masyarakat.
Pendidik juga perlu meletakkan diri mereka sebagai golongan yang natural iaitu tidak menyebelahi mana-mana kepentingan. Hal ini juga merupakan satu cabaran terutamanya sekiranya pendidik merupakan seorang yang tebal semangat perkauman. Dalam menghadapi cabaran ini, seorang pendidik perlu melakukan muhasabah diri sendiri. Sifat membanggakan kaum sendiri amat berbahaya terutama apabila hidup dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru,sikap ini perlu diubah bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia dapat dicapai.
Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia juga perlu dikaji dan dinilai semula. Hal ini kerana sistem sekolah vernakular menjadi cabaran utama dalam membentuk masyarakat yang bersatu dan berpadu. Sekiranya dinilai semula, dapat dilihat bahawa sistem vernakular tidak lagi relevan dilaksanakan dalam negara yang memegang gagasan 1Malaysia sebagai tunjang perpaduan. Sistem sekolah vernakular ini telah membantut usaha mencapai matlamat 1Malaysia. Justeru, pendidik perlu berusaha membentuk dan mencari penyelesaian dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam satu sistem pendidikan.
Kurangnya penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat malaysia juga merupakan salah satu cabaran yang perlu diatasi oleh pendidik. Sekiranya pendidik cuba menerapkan nilai murni kepada pelajar tetapi tidak difahami, maka ini merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian oleh pendidik. Kurangnya pemahaman dalam bahasa melayu menyebabkan semangat cintai negara berkurangan. Semangat ini sebenarnya amat penting terutama dalam menjaga perpaduan sesama masyarakat. Masalah ini juga menjadi penghalang kepada pemahaman terhadap adat dan budaya pihak lain.
Justeru, bagi mengatasi segala cabaran yang wujud, para pendidik perlu memainkan peranan masing-masing agar matlamat 1Malaysia dapat dicapai. Para pendidik berperanan sebagai pemimpin dan contoh kepada masyarakat sekitarnya. Sekiranya para pendidik dapat membebaskan masyarakat dari kejumudan, maka tiada masalah bagi pemimpin untuk menyatupadukan masyarakat di bawah satu bumbung iaitu negara Malaysia.


(sangat hipokrit bila aku terpaksa buat tugasan ni...hahaha...tapi peranan pendidik lebih dari yang aku tulis ni...)
pautan aku geram, pendidikan, tahukah anda, umum
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

laguku...

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com

Blog Design by Gisele Jaquenod