skip to main | skip to sidebar

kata-kata harian

saya bantah harold mengguna kalimah Allah dalam penerbitan.



mari membaca al Quran

  • quran online
  • quran flash

Facebook Badge

Pak Long Evergreen

Create Your Badge

senang cari...

umum (28) luahan (21) heburan (19) sujudku (15) tahukah anda (12) bershama (7) hahha.... (6) kelas galak gedik gelenya...... (5) pendidikan (5) pendidikan khas (5) aku geram (3) anak manakan IB (2) tips (2) anak-anakku... (1) autisme (1) kerek (1)

pucuk ilmu

  • tok guru nik aziz
  • tuan guru haron din
  • dr fadzillah kamsah

taman ilmiah

  • dewan bahasa pustaka
  • fiqh dan sunnah
  • halaqah
  • harun yahya - english
  • harun yahya - melayu
  • luv islam
  • pendidikan khas
  • PERSADA
  • pondok
  • tanyalah
  • telaga biru
  • tutorial

pengisian

  • ▼ 2010 (22)
    • ► Apr 2010 (2)
    • ▼ Mac 2010 (7)
      • Huraikan maksud pendidikan khas.
      • sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negar...
      • surat misteri....
      • peribadi seorang guru menurut imam al-ghazali
      • lirik lagu Always be there
      • sambungan tugasan yang aku x berapa gemar... (pera...
      • tugasan yang aku benci tapi terpaksa buat...hehehe...
    • ► Feb 2010 (5)
    • ► Jan 2010 (8)
  • ► 2009 (84)
    • ► Dis 2009 (2)
    • ► Nov 2009 (18)
    • ► Okt 2009 (29)
    • ► Jul 2009 (28)
    • ► Jun 2009 (7)

sahabat seperjuangan

jeritan bertalu


ShoutMix chat widget

pemuda PAS Kedah

  • ahli parlimen PAS
  • pemuda negeri
  • padang teqap
  • sungai petani
  • padang seqai
  • baling
  • jeqelon
  • kola kedah
  • kubang pasu
  • meqebok
  • sik

che'gu lempoyang jenggot

blog yang membincangkan isu-isu yang tidak feymes seperti.........

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
anda mempunyai masalah gout? kencing manis? darah tinggi? insomnia??? berhubunglah dengan saya untuk mendapatkan susu kambing segera HiGoat. membantu anda hidup lebih ceria dan sihat. mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, minumlah susu kambing untuk mencegah penyakit lain. kan mencegah lebih baik dari mengubati. selain untuk kesihatan, susu kambing juga merupakan minuman sunnah yang diamalkan oeh Nabi Muhammad S.A.W.. anda tunggu apa lagi? minumlah susu kambing sebagai amalan sunnah dan kesihatan.. (sesiapa yang mengidupkan walau satu sunnah Nabi, maka dia memperoleh pahala seperti pahala 100 orang syahid)..untuk mendapatkan stok susu kambing, hubungi talian 0193858873. minumlah sekarang sebelum anda terlambat.

berjihadlah dengan bersedekah....

berjihadlah dengan bersedekah....
kami guru pelatih pendidikan khas berhajat kepada barang2 terpakai untuk diletakkan di kelas model pendidikan khas. antara bentuk barangan yang kami perlukan adalah soft toy, buku cerita, barangan eletronik, kain langsir, meja study, TV, radio, peti sejuk, permaidani, tikar getah, dan sebagainya. rasionalnya adalah kelas ini berfungsi sebagai makmal pendidikan khas yang menempatkan alat bantu mengajar dan sebagai kelas rujukan bagi guru2 pendidikan khas serta masyarakat prihatin yang peka terhadap kebajikan murid pendidikan khas. keterangan lanjut hubungi saya di talian 0133524189

pasal aku

Foto Saya
donat montel
seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
Lihat profil lengkap saya

20100329

sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara dan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia.


Banding beza antara sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara dan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia.

Latar belakang dan pengenalan pendidikan khas di luar negara dan Malaysia
Masyarakat pada zaman tamadun Yunani dan Rome menjadikan orang yang kurang upaya seperti kerencatan akal, gila, buta, pekak, dan cacat anggota badan sebagai bahan ejekan, cemuhan dan gurauan. Tanggapan mereka terhadap golongan istimewa ini adalah sangat buruk iaitu menganggap golongan istimewa ini lebih hina daripada golongan hamba abdi. Tanggapan ini mewujudkan kepercayaan karut dan bodoh seperti menghalalkan bapa untuk membunuh atau menyembunyikan anak mereka kerana bimbang ahli keluarga diejek masyarakat. Selain itu, wujud juga kepercayaan bahawa kanak-kanak ini membawa sial dan akan meyusahkan hidup mereka.
            Pada zaman pertengan di Eropah sekitar tahun 500M sehingga 1500M pula, golongan istimewa ini menerima layanan yang sangat buruk meskipun pada waktu itu wujud ajaran Kristian yang mengajar aspek hormat sesama manusia. Walaubagaimanapun, kejahilan masyarakat pada ketika itu menyebabkan mereka tetap memberikan tanggapan yang buruk terhadap golongan istimewa ini. Mereka menganggap golongan ini sebagai golongan yang bodoh serta dikuasai oleh unsure-unsur  jahat seperti syaitan dan hantu. Hal ini menyebabkan mereka telah menjadikan golongan istimewa ini sebagai korban serta bahan untuk jampi serapah. Amalan jahiliyyiah masyarakat barat pada ketika itu turut dibantu oleh pihak kerajaan serta ahli filasufi dan pihak gereja. Pihak gereja telah
terpesong dan menyebarkan ajaran songsang ini kepada masyarakat yang semakin jahil.
Hal ini turut berlaku dalam masyarakat Melayu zaman dahulu, secara amnya sebelum merdeka, ibu bapa amat malu untuk mendedahkan anak-anak yang istimewa kepada masyarakat. Seperti masyarakat barat, masyarakat Melayu pada ketika itu mempunyai kepercayaan yang sama, iaitu anak yang istimewa ini mempunyai sial. Disamping itu masyarakat Melayu juga mengaitkan unsur ghaib dengan mengatakan kanak-kanak ini mempunyai kembar di alam ghaib. Hal ini kerana terdapat kanak-kanak yang suka bercakap seorang diri seperti kanak-kanak autism. Selain itu anak-anak istimewa ini kebiasaanya tidak dibenarkan keluar rumah kerana dikhuatiri akan memalukan keluarga. Kebiasaanya mereka akan dikurung di bilik yang berasingan dan jauh dari penglihatan orang lain.
Begitulah serba sedikit latar belakang atau pandangan masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia amnya serta pandangan masyarakat barat terhadap anak-anak istimewa ini.

            Sejarah perkembangan pendidikan khas di luar Negara dan Malaysia.
Bermula era tahun 1900, nasib golongan istimewa mula diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Pendidikan Khas yang terpelajar. Mereka telah mengubah persepsi masyarakat di luar negara yang memandang serong kepada golongan istimewa ini kepada perasaan belas dan kasihan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang timbul seperti masalah pengistilahan dan pentakrifan yang mengakibatkan kekeliruan. Masalah ini menyebabkan  penafian hak penempatan kanak-kanak atau golongan istimewa tersebut di sekolah-sekolah awam. Akibat daripada masalah ini, berlakulah kes saman menyaman yang tidak membawa kepada kesudahan.
            Secara keseluruhan pendidikan khas di luar negara bermula pada tahun 1900-an. Pendidikan Khas bermula sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan sukarelawan yang berusaha untuk membantu murid-murid bermasalah dengan membuka sekolah pendidikan khas. Di Amerika Syarikat program pendidikan khas mula dilaksanakan apabila United States Congres yang diadakan pada tahun 1975 telah membentangkan satu usul yang menekankan supaya pendidikan untuk kanak-kanak bekeperluan khas diberi perhatian. Hal ini merupakan satu tindakbalas dari diskriminasi layanan masyarakat, sekolah serta agensi awam terhadap keperluan pelajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini. Berdasarkan usul tersebut lahirlah Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142. Melalui undang-undang ini nasib golongan istimewa ini lebih terbela dan terjamin.
Seterusnya, pendidikan khas di negara Jepun pula secara rasminya bermula pada tahun 1975 apabila satu akta untuk kanak-kanak berkeperluan khas diwartakan pada tahun tersebut. Warta tersebut menekankan pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah sensori pendengaran dan penglihatan.
            Bagi setiap Negara, terdapat istilah khusus bagi merujuk kepada pendidikan khas. Antaranya adalah negara Amerika Syarikat menggunakan istilah Mainstreaming and Least Restricted Enviorment manakala di Australia dan New Zedand menggunakan istilah integrasi. Di Jepun pula istilah special class digunakan sebagai merujuk kelas khas. Britain pula menggunakan istilah Normalisation dan di Malaysia, kerajaan menggunakan istilah Malaysia Inclusive Education bagi menjalankan program inklusif.
            Pendidikan Khas secara sistematik di Malaysia bermula agak lewat berbanding dengan masyarakat di luar negara. Hal ini mungkin kerana kurangnya pendedahan atau tidak ada satu perlembagaan seperti  Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142 yang lebih tersusun membela masyarakat istimewa ini. Walaubagaimanapun sejarah mencatat bahawa perkembangan pendidikan khas di negara ini bermula sejak tahun tahun 1920an dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Sebagai contoh untuk masalah penglihatan, sukarelawan-sukarelawan telah membuka  Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926 dan untuk masalah pendengaran pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam di Pulau Pinang dan pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah) di Tanjong Bungah, Pulau Pinang pada tahun 1954.
Namun titik tolak kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia  bermula apabila  Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 telah membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.”
Pernyataan ini telah menjamin pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Pendidikan ini akan diteruskan bermula daripada program intevensi awal sehingga mereka berjaya sebagai seorang individu yang berguna dan dapat melangsungkan kehidupan dengan berdikari .Melalui kajian ini program pendidikan khas di Malaysia adalah sama seperti negara-negara lain.  Antara pelaksanaan yang dijalankan adalah Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, program integrasi bagi murd-murid bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Selain itu, banyak badan-badan bukan kerajaan yang bersedia membantu menyediakan pendidikan untuk mereka.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Khas telah diperjuangkan di negara-negara luar seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan Jepun. Dalam memeperjuangkan pendidikan khas, mereka menggunakan  Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya, Individual with Disabilities Education Act, Public Law 94-142. Public Law ini turut digunakan di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas.  Dalam masa 25 tahun, sejak Public Law diperkenalkan, perkembangan yang ketara berlaku dalam setiap negara dalam menyediakan program yang berkesan untuk intervensi awal dalam membantu mereka yang memerlukan.
Tuntasnya, meskipun perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula agak lambat berbanding negara-negara lain, namun dengan adanya pendedahan dan maklumat mengenai program yang dijalankan di setiap negara, kita dapat membuat rujukan dan penilaian sejauh mana kepentingan pendidikan khas di negara kita bagi membantu mereka yang kurang upaya. Malah, dengan tergubalnya Public Law dan IDEA yang membantu setiap negara dalam membentuk program pendidikan khas, nasib mereka yang bekeperluan khas terjamin dalam menikmati pendidikan dan kehidupan yang sempurna seperti masyarakat umum.
pautan pendidikan, pendidikan khas
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

laguku...

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com

Blog Design by Gisele Jaquenod