Di post lalu saya telah detailkan tentang rupa tabut as-sakinah. Di post ini saya akan cuba detailkan tentang siapa yang berada hampir dengan tabut, apa yang mula-mula ada di dalam tabut. Siapa yang hampir dengan tabut? Bukan calang-calang orang yang boleh menjaga atau hampir dengan tabut ini. Mereka mestilah dari keturunan Nabi Harun a.s iaitu Bani Levi. Bani Levi ini mempunyai kedudukan dan pakaian istimewa dan urusan keagamaan Yahudi dipegang oleh mereka terus menerus. Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.
Pakaian bani LeviTerdapat 12 suku Yahudi iaitu terdiri dari Reuben, Simeon, Levi, Judah, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Joseph dan Benjamin. Juga ada satu Lost Tribe Of Israel yang dikatakan mendapat petunjuk Allah sehingga akhir zaman dan akan membunuh Yahudi Jahat/ Kabbalah di Palestin di akhir zaman nanti. Suku kaum yang hilang itu adalah dari jurai keturunan Nabi Yusuf a.s. Dan dipercayai The Lost tribe itu adalah kaum Melayu di Nusantara ini termasuklah Melayu di Selatan Thailand. Anda boleh membaca Siri Alter Terahsia Melayu untuk memahami perkara ini lebih lanjut lagi.
Berikut adalah petikan dari Kitab Keluaran. Info tentang Kitab Keluaran ini, Kitab Keluaran ialah buku kedua Kitab Taurat Nabi Musa atau Old Tastement. Bahasa Ibrani disebut sebagai Shemoth dan lebih dikenali sebagai Exodus di dalam bahasa Inggeris. Engkau harus menyuruh abangmu Harun bersama-sama dengan anak-anaknya datang kepadamu, dari tengah-tengah orang Israel, untuk memegang jabatan imam bagi-Ku–Harun dan anak-anak Harun, yakni Nadab, Abihu, Eleazar dan Itamar.
28:1
Haruslah engkau membuat pakaian kudus bagi Harun, abangmu, sebagai perhiasan kemuliaan.
28:2
Haruslah engkau mengatakan kepada semua orang yang ahli, yang telah Kupenuhi dengan roh keahlian, membuat pakaian Harun, untuk menguduskan dia, supaya dipegangnya jabatan imam bagi-Ku.
28:3
Sebab itulah The Hidden hand sangat takutkan kebangkitan Islam akhir zaman di Nusantara ini. Jika kita lihat, hanya ada dua bangsa di dunia ini yang lebih 90% beragama Islam. Hanya, arab dan melayu sahaja. Jika kita lihat situasi bangsa arab sekarang, amat menyedihkan. Mereka berpecah belah dan raja-raja mereka menjilat kaki Amerika untuk mengekalkan kekuasaan meraeka. Jadi bangsa manakah yang akan mengetuai kebangkitan akhir ini? Saya serahkan persoalan itu kepada anda sendiri menjawabnya.
Dajal telah berjaya memecahbelahkan Melayu melalui pelannya iaitu divide and conquer. Para penjajah telah sekian lama menjajah Nusantara ini. Indonesia dijajah oleh Belanda manakala kita sekian lama dijajah oleh Portugis. Gold, Glory and Gospel, inilah moto mereka. Selain mengambil keuntungan rempah ratus kita, mereka juga telah sedaya upaya cuba menjauhkan bangsa Melayu dari Islam, tetapi alter terahsia bangsa ini menggagalkan rancangan mereka. Walaubagaimanapun mereka berjaya juga mencorak pemikiran muda-mudi kita sekarang melalui rancangan New World Order mereka. Ramai muda -mudi kita yang masih lagi dijajah pemikiran mereka. Minda mereka masih terpenjara. Mereka masih lagi tertipu dengan syurga dunia ciptaan dajal.
Insya Allah jika kita satu rumpun bersatu, akan tercetuslah alter kita dan kebangkitan akhir zaman tidak akan dapat disekat lagi. Satu contoh yang paling mudah dajal berjaya memecahbelahakan kita. Kes baru-baru ini, iaitu ketegangan antara Malaysia dan Indonesia. Percayalah saudara Islam ku, itu semua hanyalah rancangan The Hidden Hand. Mereka telah berjaya melagakan kita. Indonesial, Malingsia? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Kita satu rumpun, satu agama. Mengapa perlu kita saling membenci, mencaci satu sama lain? Ramai antara kita yang telah terkena fitnah akhir zaman ini. Fitnah Dajal laknatullah!
Singapura, satu-satunya pangkalan Israel di Asia Tenggara tengah gelakkan kita. Dan Amerika membina pangkalan mereka di Filipina. Adik beradik, satu agama bergaduh, membenci satu sama lain. Kenapa Israel membina pangkalan mereka di Singapura? Ini kerana untuk mengawasi kebangkitan Islam akhir zaman yang akan bangkit di bumi Nusantara ini! Mereka takut kita bersatu! Sebab itulah mereka melagakan kita. Think it again!
Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:
“Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka.”
Jelaslah kepada kita kunci utama kepada kejayaan ialah BERSATU dan kembali kepada ISLAM. Mulakan sekarang, saya berpesan kepada diri saya dan pembaca blog sekalian. Mari kita sama-sama berubah, bebaskan minda kita dari segala bentuk ideologi-ideologi ciptaan Dajal ini. Insya Allah, Islam akan kembali gemilang.
Kembali kepada tajuk asal kita, iaitu Tabut As-Sakinah. Sekarang kita akan selidiki apa yang sebenarnya ada di dalam tabut as-sakinah ini?
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248.
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Dari ayat Al-Quran di atas di dalam tabut mungkin ada sesuatu yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s ‘bertemu’ Allah di Bukit Sinai.
Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) ada disebutkan tentang perkara ini juga.
Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: “Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.”
34:27
Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan TUHAN empat puluh hari empat puluh
malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman.
34:28
Ketika Musa turun dari gunung Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu–tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan TUHAN.
34:29
Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu.
40:20
Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah–seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
40:21
Berdasarkan ayat-ayat ini, perkara pertama yang ada di dalam tabut ialah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai).
ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
anda mempunyai masalah gout? kencing manis? darah tinggi? insomnia??? berhubunglah dengan saya untuk mendapatkan susu kambing segera HiGoat. membantu anda hidup lebih ceria dan sihat. mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, minumlah susu kambing untuk mencegah penyakit lain. kan mencegah lebih baik dari mengubati. selain untuk kesihatan, susu kambing juga merupakan minuman sunnah yang diamalkan oeh Nabi Muhammad S.A.W.. anda tunggu apa lagi? minumlah susu kambing sebagai amalan sunnah dan kesihatan.. (sesiapa yang mengidupkan walau satu sunnah Nabi, maka dia memperoleh pahala seperti pahala 100 orang syahid)..untuk mendapatkan stok susu kambing, hubungi talian 0193858873. minumlah sekarang sebelum anda terlambat.
berjihadlah dengan bersedekah....
kami guru pelatih pendidikan khas berhajat kepada barang2 terpakai untuk diletakkan di kelas model pendidikan khas. antara bentuk barangan yang kami perlukan adalah soft toy, buku cerita, barangan eletronik, kain langsir, meja study, TV, radio, peti sejuk, permaidani, tikar getah, dan sebagainya. rasionalnya adalah kelas ini berfungsi sebagai makmal pendidikan khas yang menempatkan alat bantu mengajar dan sebagai kelas rujukan bagi guru2 pendidikan khas serta masyarakat prihatin yang peka terhadap kebajikan murid pendidikan khas. keterangan lanjut hubungi saya di talian 0133524189
pasal aku

- donat montel
- seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
20091120
tabut...Ark Of Covenant 3
pautan
umum