skip to main | skip to sidebar

kata-kata harian

saya bantah harold mengguna kalimah Allah dalam penerbitan.



mari membaca al Quran

  • quran online
  • quran flash

Facebook Badge

Pak Long Evergreen

Create Your Badge

senang cari...

umum (28) luahan (21) heburan (19) sujudku (15) tahukah anda (12) bershama (7) hahha.... (6) kelas galak gedik gelenya...... (5) pendidikan (5) pendidikan khas (5) aku geram (3) anak manakan IB (2) tips (2) anak-anakku... (1) autisme (1) kerek (1)

pucuk ilmu

  • tok guru nik aziz
  • tuan guru haron din
  • dr fadzillah kamsah

taman ilmiah

  • dewan bahasa pustaka
  • fiqh dan sunnah
  • halaqah
  • harun yahya - english
  • harun yahya - melayu
  • luv islam
  • pendidikan khas
  • PERSADA
  • pondok
  • tanyalah
  • telaga biru
  • tutorial

pengisian

  • ► 2010 (22)
    • ► Apr 2010 (2)
    • ► Mac 2010 (7)
    • ► Feb 2010 (5)
    • ► Jan 2010 (8)
  • ▼ 2009 (84)
    • ► Dis 2009 (2)
    • ▼ Nov 2009 (18)
      • tabut...Ark Of Covenant 3
      • tabut...Ark Of Covenant 2
      • tabut...Ark Of Covenant
      • rahsia kunci bersilang katholik
      • binaan menyambut dajjal..(malaysia macam mana)
      • benarkah begini????
      • kenali freemason
      • kelab lions and rotary malaysia (adik beradik free...
      • peninggalan peribadi nabi sallallahualaihiwassalla...
      • hikayat sang babi puaka bertanda
      • freemason
      • semangat abu dzar
      • petua imam as syafie untuk hidop sihat menawan
      • ciri ciri orang yang bahagia dan celaka
      • ketaq teketaq ketaq
      • aku takut...
      • serban oh serban
      • facebook dan zionis
    • ► Okt 2009 (29)
    • ► Jul 2009 (28)
    • ► Jun 2009 (7)

sahabat seperjuangan

jeritan bertalu


ShoutMix chat widget

pemuda PAS Kedah

  • ahli parlimen PAS
  • pemuda negeri
  • padang teqap
  • sungai petani
  • padang seqai
  • baling
  • jeqelon
  • kola kedah
  • kubang pasu
  • meqebok
  • sik

che'gu lempoyang jenggot

blog yang membincangkan isu-isu yang tidak feymes seperti.........

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
anda mempunyai masalah gout? kencing manis? darah tinggi? insomnia??? berhubunglah dengan saya untuk mendapatkan susu kambing segera HiGoat. membantu anda hidup lebih ceria dan sihat. mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, minumlah susu kambing untuk mencegah penyakit lain. kan mencegah lebih baik dari mengubati. selain untuk kesihatan, susu kambing juga merupakan minuman sunnah yang diamalkan oeh Nabi Muhammad S.A.W.. anda tunggu apa lagi? minumlah susu kambing sebagai amalan sunnah dan kesihatan.. (sesiapa yang mengidupkan walau satu sunnah Nabi, maka dia memperoleh pahala seperti pahala 100 orang syahid)..untuk mendapatkan stok susu kambing, hubungi talian 0193858873. minumlah sekarang sebelum anda terlambat.

berjihadlah dengan bersedekah....

berjihadlah dengan bersedekah....
kami guru pelatih pendidikan khas berhajat kepada barang2 terpakai untuk diletakkan di kelas model pendidikan khas. antara bentuk barangan yang kami perlukan adalah soft toy, buku cerita, barangan eletronik, kain langsir, meja study, TV, radio, peti sejuk, permaidani, tikar getah, dan sebagainya. rasionalnya adalah kelas ini berfungsi sebagai makmal pendidikan khas yang menempatkan alat bantu mengajar dan sebagai kelas rujukan bagi guru2 pendidikan khas serta masyarakat prihatin yang peka terhadap kebajikan murid pendidikan khas. keterangan lanjut hubungi saya di talian 0133524189

pasal aku

Foto Saya
donat montel
seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
Lihat profil lengkap saya

20091119

benarkah begini????

The Great Architect, dajal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersetongkol dengan Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini. Sebelum ini saya sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel saya sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dialirkan itu adalah tenaga yang positif. Konsep yang mudah untuk difahami di sini kan?
Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajal ini semakin hampir. Jika anda perasan, binaan agung pada peradaban terhadulu telah dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa.
Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of Babel!
Salah satu binaan moden yang berasaskan Tower Of Babel, Parlimen EU.
Sebelum saya membawa pemikiran anda lebih jauh, pasti pembaca tertanya-tanya, adakah Tower Of Babel ini benar-benar wujud? Atau hanyalah sekadar dongengan dan hanya fantasi rekaan sahaja. Sebenarnya Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-Quran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untuk mencabar kekuasaan dan memperlekehkan Allah s.w.t:
Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.
Al-Qasas 38
Dan Firaun pula berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
“(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
Ghaffir 36-37
Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Tidak perlu saya ceritakan apa yang ditulis di dalam Bible tentang Tower of Bible kerana hanya Al-Quran yang saya jadikan sebagai rujukan. Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.
Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!
Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai! Walaupun belum siap lagi dibina dan semakin hari semakin mencakar langit. Berikut adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat dari segenap penjuru Dubai ini.
Ketinggian sebenar Menara Dubai ini masih tidak dapat dipastikan kerana ia dijangka siap pada 2010 nanti dan dipercayai ketinggiannya akan mencapai 818M (2,684 kaki) jauh meninggalkan Menara berkembar Petronas di belakang yang hanya berketinggian 452M. Ia mula dibina pada 21 September 2004 dan masih dalam proses pembinaan. Kos pembinaan Menara ini dipercayai menelan USD 4.1 billion dan arkiteknya ialah seorang warganegara Amerika iaitu Adrian Smith.
Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.
Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara kita juga hal yang sama berlaku. Jika kita perasan, di KLCC selepas konsert, perayaan tahun baru atau merdeka yang penuh dengan aktiviti maksiat kita akan mendapati ada kabus yang menyeliputi KLCC ini. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan Dajal ini.
Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu. Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajal si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak dari tenaga posifit dan elalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.

wallahua'lam
pautan umum
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

laguku...

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com

Blog Design by Gisele Jaquenod