blog yang membincangkan isu-isu yang tidak feymes seperti.........
ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
anda mempunyai masalah gout? kencing manis? darah tinggi? insomnia??? berhubunglah dengan saya untuk mendapatkan susu kambing segera HiGoat. membantu anda hidup lebih ceria dan sihat. mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, minumlah susu kambing untuk mencegah penyakit lain. kan mencegah lebih baik dari mengubati. selain untuk kesihatan, susu kambing juga merupakan minuman sunnah yang diamalkan oeh Nabi Muhammad S.A.W.. anda tunggu apa lagi? minumlah susu kambing sebagai amalan sunnah dan kesihatan.. (sesiapa yang mengidupkan walau satu sunnah Nabi, maka dia memperoleh pahala seperti pahala 100 orang syahid)..untuk mendapatkan stok susu kambing, hubungi talian 0193858873. minumlah sekarang sebelum anda terlambat.
berjihadlah dengan bersedekah....
kami guru pelatih pendidikan khas berhajat kepada barang2 terpakai untuk diletakkan di kelas model pendidikan khas. antara bentuk barangan yang kami perlukan adalah soft toy, buku cerita, barangan eletronik, kain langsir, meja study, TV, radio, peti sejuk, permaidani, tikar getah, dan sebagainya. rasionalnya adalah kelas ini berfungsi sebagai makmal pendidikan khas yang menempatkan alat bantu mengajar dan sebagai kelas rujukan bagi guru2 pendidikan khas serta masyarakat prihatin yang peka terhadap kebajikan murid pendidikan khas. keterangan lanjut hubungi saya di talian 0133524189
pasal aku
donat montel
seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
Yang berkait dengan fizikal Jangan makan terlalu banyak Jangan melakukan aktiviti yang sangat berat hingga badan jadi letih untuk tahajjud Tidur sebentar di siang hari Dari sudut rohaniah Jauhkan diri dari perkara bida’ah Jauhkan diri dari perbuatan dosa di siang hari = memberatkan hati untuk beribadat Jangan terlalu menyibukkan diri dengan urusan dunia di siang hari Timbulkan dalam hati perasaan takut kepada azab-azab ALLAH SWT. Jangan panjang angan-angan Berusaha mengetahui kelebihan-kelebihan bangun malamsuburkan dalam hati rasa iman dan cinta kepada ALLAH SWT
Tetapi……dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dirinya,
Tetapi kita sering lupa akan hal itu.
Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya….?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering lupa…..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya…?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita…?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa
dan menyerah kalah…?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa….
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat….
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan….
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan……
Kita tidak tahu…
Tetapi …jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu……
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan………….
ibuku suka menipu..
benar apa yang aku katakan ini.
bahkan aku tak menyasal walau sedikit mengatakan ibuku menipu.
bukan sekali ibuku menipu.
bukan sedikit penipiuan yang dibuat ibu.
bukan ringan tipuan ibu..
bahkan aku tidak pernah menjangka akan menipu seperti ibuku.
bahkan aku juga mungkin tak mampu menipu seperti ibuku.
kenapa aku mengatakan ibuku menipu?
benarkah kata-kataku?
derhakakah aku mnegatakan begitu?
ingin sekali aku senaraikan penipuan oleh ibuku..
ketika sedikit makanan kami, ibu menyuruh kami makan...
kami makan sedikit dan simpan untuk ibu.
tapi apa kata ibu?
"makanlah semua...mak dah makan tadi.dah kenyang..."
satu penipuan yang tak mampu aku lakukan.
ketika sedang masak,tangan ibu terkena pisau.
kami melihat dan cuba mengubati tangan ibu.
tapi apakata ibu?
"sikit ja ni...mak x sakit pun"
dua penipuan yang sukar aku lakukan.
ketika kami nak tidur, bantal dan tilamnya x cukup.
ibu beri tilam dan bantal untuk kami tidur.
dimana ibu tidur?
diatas lantai berselimut kain batik..
sejuk...
tapi apa kata ibu?
"x pa aih..tidoq la atas tilam tu. mak nak tidoq bawah ni. panas atas tilam tu"
hakikatnya ibu kesejukan yang amat sangat.
ibu menipu lagi.
sewaktu ke kedai pakaian, kami dibeli pakaian baru.
ibu x pernah beli baju baru untuknya.
bahkan tudung juga hanya pemberian arwah ayah.
bila kami memakai baju baru, ibu tersenyum gembira.
"lawa anak-anak mak."
kami tanya "mak x beli untuk mak ka?"
apa kata ibu?
"baju mak dah banyak dalam almari nu."
hakikatnya baju ibu x pernah berganti.
banyak lagi penipuan ibu...
tapi aku kagum dengan cara ibu menipu.
x mungkin ada orang lain mampu menipu seperti ibu.
aku juga mungkin x mampu menipu seagung tipunya ibu...
sayangnya ibu kepada kami tiada taranya...