Sambutan tahun baharu masihi 2010 baru saja berlalu. Langit malam 31 disember 2009 menjadi saksi berkumpulnya manusia pelbagai kaum, agama dan ideologi. Macam2 gaya dan aksi dapat dilihat pada malam bersejarah tersebut. Ada yang berkemban moden, berpakaian tanpa pakaian,berbogel tanpa disedari dan berpakaian sopan bercitarasa jahiliyyah. Jangan terkejut, malam 31 disember juga menyaksikan ada golongan yang bertudung litup (baju tanpa lengan, ketat sampai berbonjoi abih apa yang ada) berkumpul di dataran menunggu percikan bunga api berwarna warni. Tak salah la depa nak tengok bunga api. Yang salahnya penampilan depa sebagai umat Islam yang x faham tatacara berpakaian menurut acuan al-Quran.
Macam kat tempat lain, Kedah jugak tak terkecuali sambut malam tahun baru ni. Dataran MPSPK jadi saksi berkumpulnya manusia pelbagai jenis dan ragam untuk menyambut tahun baru masihi berpandukan kalendar gregorian yang dicipta oleh pembantu firaun. Firaun???kita sambut tahun baru sama dengan firaun? Huh...melalut pulak...bab asal kalendar tu aku nak cerita dalam post lain plak. La ni aku nak membebel pasal sambutan tahun baru kat Sungai Petani, Kedah. Macam besa, orang ramai mula berkumpul seawal asar. Ada yang berkumpul kat taman jubli perak, kat CS, kedai tok janggut dan merata-rata ada orang. Solat atau dak,yang tu aku tak tau. Bukan aku dok jaga depa semua ni. Tapi depa solat la kut. Masjid Besaq Sungai Petani dekat ja dengan dataran. Tak dak masalah nak pi solat. Jalan buleh lari pun buleh.
Menjelang maghrib, orang makin ramai. Ada yang mai dengan keluarga, ada yang mai laki bini (sah @ dak aku x tau), mai solo dan mai dengan kawan2. Semua orang bersemangat sungguh. Semua muka ceria bak baru jumpa harta qarun. Makin gelap malam, makin ramai orang berkumpul. Ada Melayu, India, Cina n tak lupa juga dolongan minoriti kat bumi Malaysia ni. Memang menjadi la gagasan 1 malaysia tok najib ni. Aku tumpang bangga dengan keamanan yang kita nikmati la ni. Tak dak pertumpahan darah @ persengketaan. Berbalik kat Sungai Petani, rakyat punya la ramai dok tunggu detik 12.01 pagi sebab nak tengok bunga api meletup.
Tapi untuk sambutan tahun baru 2010 ni, acara dia lain sikit. Geng2 yang dok ghairah tunggu bunga api confirm frust menonggeng la. Yang ada Cuma forum perdana n ceramah agama. Tak dak bunga api. Yang ni la yang aku nak cerita cket. Baru ada kaitan dengan tajuk. Sebab tak dak bunga api, ada la golongan yang berfikiran bunga api (menarik tapi tak bermanfaat) mula berceloteh. Katanya kerajaan baru kedah tak pikiaq pasal rakyat yang berbilang bangsa. Dia mula berkempen tanpa bayaran. Macam2 hujah dia bagi. Kata kerajaan kedah x tepati janji, x hormati perasaan rakyat yang non-muslim dan berbagai tohmahan yang lawak n agak kurang cerdik la...
Pada pendapat aku yang dangkal ilmu ni, apa kaitan x dak bunga api dengan perasaan masyarakat non-muslim?? Sepanjang usia aku ni, x penah lagi aku dengar ada penganut sesetengah kepercayaan kena pasang bunga api masa sambut tahun baru masihi. Karut n x munasabah langsung hujah macam tu. Dah la buat tohmahan macam tu, dia ajak pulak orang lain pangkah persatuan ideologi yang tak penah pikir pasal rakyat. Sangat terdesak la orang tu..aku cukup mneyampah dengan individu yang menghasut rakyat benci kepada Islam. Mungkin dia seronok tengok bunga api, justeru aku mengesyorkan kerajaan kedah menyediakan stok bunga api kepada setiap rakyat di negeri kedah yang tercinta ini. Mungkin dengan nisbah 3 batang bunga api utk setiap rakyat. Mudah mudahan individu yang taksub bunga api puas ati dengan pendekatan ni...hheheheh...
Nak jugak aku tanya kat rakyat kedah yang masih terbelenggu dengan dakyah puak sekularis n liberalis. Memang cantik n syok tengok bunga api meletup dengan warna warni. Memang mudah nak tepuk tangan bila bunga api dah abis meletup. Tapi orang macam ni penah ka pikiaq berapa duit bunga api tu? Kita letak la harga sebatang bunga api yang paling murah RM50. Berapa batang kita nak pasang. X kan sebatang ja. X meriah la macam tu. Ok kita pasang dalam 30 batang bunga api. RM50 x 30. Berapa? RM1500...tu yang paling murah la. Tapi lawa ka bunga api murah? X lawa la.....kita pasang la bunga api yang meletup banyak kali sikit..yang ada warna merah, biru, hijau, kuning, purple...kalau boleh ada yang keluaq gambaq bendera malaysia....ok la pak cik..kalau nak bunga api macam tu, harganya RM154 sebatang...nak pasang berapa? Kita ambik 30 jugak la..meriah cket...ok semuanya RM4620...nah....duit banyak tu kita buleh buat apa untuk rakyat???
Sedaqla wahai rakyat kedah terutama orang sungai petani. Tempat lain aku x berapa nak tau la...sungai petani insyaAllah aku tau...ingatla..kat KL memang la depa buleh pasang bunga api setinggi KLCC sebab depa pakai duit hangpa la...x penah la aku dengan sambutan tahun baru dibiayai menteri2 @ PM. Mudah la depa nak perabih duit hangpa sebab depa x rugi pa pun..depa pulak gelak tengok kita jadi macam pak pandir. Terlungu tunggu tengok bunga api...apa yang hangpa dapat dengan tengok bunga api?? Dok berkumpul dalam kelompok yang terkinja2 macam tok nenek darwin. Berpeluk hang aku tanpa sebarang sekatan..yang tu ka yang hangpa nak wahai umat rakyat di kedah??
Aku bukan seronok beleteaq macam ni. Tapi aku takut kalau ditakdirkan Allah, masa dok syok tengok bunga api meletup, mai pulak tentera Amerika @ israel lepas bom..kita tepuk tangan takjub..ingatkan formasi bunga api...esoknya masuk dalam paper seluruh dunia, rakyat kedah mati dibom masa sambut tahun baru...nah....yang tu ka yang kita nak.? Dalam pada tu, sambutan tahun baru yang x dak peringatan banyak mengundang kehadiran umat manusia yang tidak dikehendaki. Malam 31 disember menyaksikan maksiat yang berleluasa tanpa had dan sempadan. Bulan september ke oktober muncul pulak satu kes dalam paper n media negara kita. Sana sini ada baby kena buang dalam tong sampah, dalam sungai n pagar masjid. X kurang jugak yang gugur dalam toilet sekolah n dimakan anjing.
Kita yang tengok berita macam ni menyumpah si pelaku jenayah..kita x sedar sebenarnya kita jugak menyokong jenaayah ni berlaku. Kita menyokong sambutan yang menghalalkan laki pompuan dok berseronok. Kita marah bila x dak acara berseronok macam besa. Kita kutuk bila ada golongan yang bagi peringatan masa kita nak berseronok. Kita menghasut supaya benci kepada majlis ilmu..macam mana ni?? Kita x suka kepada jenayah. Kita malu bila anak beranak kita terlibat dalam maksiat. Tapi kita sebenarnya redha kepada semua tu dalam kita sedar tapi kita x mau berusaha untuk melawan kehendak kita.
Aku sebenarnya menyokong penuh usaha kerajaan kedah meyedarkan rakyat secara lembut. Aku sokong kaedah peringatan ni. Biaq la apa orang nak kata. Kalau kita buat lillahi ta’ala, insyaAllah....lain kali la aku beleteaq pulak...ni la luahan aku yang hina lagi lecey...heheh assalamualaikum....1 aqidah...