ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
berjihadlah dengan bersedekah....
pasal aku
- donat montel
- seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
20100106
Kancil, Ferrari, Lamborghini. Mana lebih hebat??
Kisahnya bermula macam ni. Ada sorang pakcik dalam perjalanan ke masjid. Pakcik ni kita namakan sebagai pak cik kancil sebab dia naik keta kancil. Dalam perjalanan, keta dia rosak. Pak cik ni berentikan keta dia kat tepi jalan. Nak tengok2 la kat mana problemnya. Secara kebetulan, lalu la sorang pemuda dengan menaiki Ferrari dan berenti kat pak cik kancil. “awat pak cik berenti kat tepi ni?” pemuda Ferrari bertanya. Pak cik kancil jawab “keta pak cik rosak. Ni pak cik dah lambat nak pi masjid.” Pemuda Ferrari dengan penuh rasa tanggungjawab menawarkan bantuan “mmm…tak pa. mai saya tarik keta pak cik pi bengkel. Pak cik dok dalam keta pak cik, control keta. Kalau saya bawa laju, pak cik high light lampu keta pakcik ye.” Pemuda Ferrari pun buat la apa yang patut untuk tarik keta pak cik kancil. Tali dah diikat. Pakcik tu pun dah masuk dalam keta.bermulalah aksi menarik keta kancil tadi. Sampai kat traffic light, sebuah Lamborghini berhenti tepi Ferrari tadi. Dia cuba memancing pemuda Ferrari tadi untuk berlumba. Pemuda Ferrari yang lupa bahawa dia sedang membantu pak cik kancil terpengaruh dengan cabaran Lamborghini. Di lantas memecut Ferrari dan bersaing dengan Lamborghini. Di pertengahan perlumbaan, terdapat sekatan jalan raya oleh polis trafik. Ferrari dan Lamborghini tidak sempat berhenti dan melanggar sekatan itu. Pihak polis yang melihat kejadian itu amat terkejut lantas menghubungi pusat kawalan dan menyatakan terdapat tiga buah kenderaan berlumba. Dengan nada terkejut, polis trafik itu melaporkan “ pusat kawalan, sila pantau jalan persekutuan menghala ke utara. Terdapat tiga kenderaan sedang berlumba iaitu Ferrari, Lamborghini dan Kancil. Kerahkan semua kenderaan yang laju yang kita ada. Juga unit trafik udara, sila buat pantauan dari udara dan laporkan dengan segera. Unit trafik peronda, berhati-hati dengan kenderaan yang berlumba, terutama kereta kancil. Kereta kancil tersebut diyakini lebih laju dari Ferrari dan Lamborghini kerana sewaktu sedang berlumba, kereta kancil memberikan isyarat untuk memotong dengan menaikkan lampu tinggi. Jika dapat ditahan, sila periksa pengubahsuaian yang telah dilakukan oleh kereta kancil tersebut. Gerakkan anggota sekarang. Roger.!!”.. hahaha…hebat sungguh qeta kancil tu…aku kagum dengan qeta tempatan…Malaysia boley…