Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan: "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.Rancanganny a di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
berjihadlah dengan bersedekah....
pasal aku
- donat montel
- seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
20100412
20100407
cerita blue...
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
credit kepada : http://claydeck.blogspot.com/

pautan
heburan
20100329
Huraikan maksud pendidikan khas.
Soalan Satu
Huraikan maksud pendidikan khas.
Pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang direka khusus untuk sesetengah ahli masyarakat yang memerlukannya. Program ini disediakan di sekolah khas bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. Program ini boleh juga diwujudkan di sekolah biasa untuk murid yang mempunyai masalah sensori atau masalah pembelajaran. Selain itu, program ini juga merupakan suatu program pendidikan inklusif bagi murid dengan keperluan khas yang dapat hadir dalam dalam kelas biasa bersama-sama murid biasa.
Program ini diwujudkan tanpa melibatkan kos kepada ibu bapa dalam memenuhi keperluan khas murid kurang upaya. Hal ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan dibilik darjah, pendidikan di rumah, pendidikan di hospital serta institusi pengajian.
Beberapa perkhidmatan ditawarkan dalam proses pendidikan murid khas. Antaranya adalah alat bantu, perubatan fisiologi, dan penilaian pendidikan. Selain itu, dari sudut perkhidmatan kemasyarakatan, wujud perkhidmatan terapi kaunseling, riadah dan pengangkutan.Semua ini direka untuk membangunkan potensi pelajar dengan maksimumnya.
Disamping itu, kemudahan perkhidmatan sosial di sekolah turut disediakan. Bagi murid yang tidakberupaya untuk bergerak dan terlantar di rumah, terlantar di hospital serta yang ditempatkan di sekolah khas, turut disediakan perkhidmatan khas untuk mereka.

pendidikan,
pendidikan khas
sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara dan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia.
Banding beza antara sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara dan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia.
Latar belakang dan pengenalan pendidikan khas di luar negara dan Malaysia
Masyarakat pada zaman tamadun Yunani dan Rome menjadikan orang yang kurang upaya seperti kerencatan akal, gila, buta, pekak, dan cacat anggota badan sebagai bahan ejekan, cemuhan dan gurauan. Tanggapan mereka terhadap golongan istimewa ini adalah sangat buruk iaitu menganggap golongan istimewa ini lebih hina daripada golongan hamba abdi. Tanggapan ini mewujudkan kepercayaan karut dan bodoh seperti menghalalkan bapa untuk membunuh atau menyembunyikan anak mereka kerana bimbang ahli keluarga diejek masyarakat. Selain itu, wujud juga kepercayaan bahawa kanak-kanak ini membawa sial dan akan meyusahkan hidup mereka.
Pada zaman pertengan di Eropah sekitar tahun 500M sehingga 1500M pula, golongan istimewa ini menerima layanan yang sangat buruk meskipun pada waktu itu wujud ajaran Kristian yang mengajar aspek hormat sesama manusia. Walaubagaimanapun, kejahilan masyarakat pada ketika itu menyebabkan mereka tetap memberikan tanggapan yang buruk terhadap golongan istimewa ini. Mereka menganggap golongan ini sebagai golongan yang bodoh serta dikuasai oleh unsure-unsur jahat seperti syaitan dan hantu. Hal ini menyebabkan mereka telah menjadikan golongan istimewa ini sebagai korban serta bahan untuk jampi serapah. Amalan jahiliyyiah masyarakat barat pada ketika itu turut dibantu oleh pihak kerajaan serta ahli filasufi dan pihak gereja. Pihak gereja telah
pautan
pendidikan,
pendidikan khas
20100325
Langgan:
Catatan (Atom)