Soalan Satu
Huraikan maksud pendidikan khas.
Pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang direka khusus untuk sesetengah ahli masyarakat yang memerlukannya. Program ini disediakan di sekolah khas bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. Program ini boleh juga diwujudkan di sekolah biasa untuk murid yang mempunyai masalah sensori atau masalah pembelajaran. Selain itu, program ini juga merupakan suatu program pendidikan inklusif bagi murid dengan keperluan khas yang dapat hadir dalam dalam kelas biasa bersama-sama murid biasa.
Program ini diwujudkan tanpa melibatkan kos kepada ibu bapa dalam memenuhi keperluan khas murid kurang upaya. Hal ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan dibilik darjah, pendidikan di rumah, pendidikan di hospital serta institusi pengajian.
Beberapa perkhidmatan ditawarkan dalam proses pendidikan murid khas. Antaranya adalah alat bantu, perubatan fisiologi, dan penilaian pendidikan. Selain itu, dari sudut perkhidmatan kemasyarakatan, wujud perkhidmatan terapi kaunseling, riadah dan pengangkutan.Semua ini direka untuk membangunkan potensi pelajar dengan maksimumnya.
Disamping itu, kemudahan perkhidmatan sosial di sekolah turut disediakan. Bagi murid yang tidakberupaya untuk bergerak dan terlantar di rumah, terlantar di hospital serta yang ditempatkan di sekolah khas, turut disediakan perkhidmatan khas untuk mereka.
ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
berjihadlah dengan bersedekah....
pasal aku
- donat montel
- seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..