Leman : jusoh.....oi jusoh.....jusoh.....
(situasinya, jusoh buat2 x dengar leman memanggilnya. Dia langsung tidak melihat atau pergi kepada leman yang memanggilnya. Jusoh betul2 sombong...dia lupa bahawa leman banyak membantunya dalam segala segi samada dari bantuan kewangan, meminjamkan kenderaan dan sebagainya. Leman betul2 marah dengan jusoh)
Leman : (menjerit dari jauh) x pe jusoh....ko buat la sombong macam ni...ko lupa ke yang ko tu banyak terhutang budi dengan aku. Ko jangan ingat ko hebat sangat.. ko memang x sedar diri la jusoh. Sial betul ko ni..sombong......
(itulah situasinya kalau kita sombong dengan manusia. Kita pun sama kan...kalau ada orang sombong dengan kita, confirm kita marah gila2 la...Tapi kita sedar x yang kita juga selalu sombong. Bukan dengan manusia. Tapi dengan Yang Maha Mencipta seluruh alam...kita sombong dengan Allah. Kenapa??? Kita selalu dengar muazzin melaungkan kalimah “hayya ‘alassolah....hayya ‘alassolah...”..kita faham maksudnya “marilah menunaikan solat...marilah menunaikan solat...”. syiar ini bertujuan MENGAJAK kita menunaikan solat. Mengajak bererti kita perlu melangkah ke tempat yang diajak. Muazzin tidak berkata “dirikanlah solat....2x”...kenapa?? muazzin hanya mengatakan dirikanlah solat semasa iqamah..ini bermaksud kita perlu memenuhi seruan yang pertama iaitu pergi kepada tempat dilaungkan solat dan memenuhi seruan kedua iaitu mendirikan solat...subhanallah...indahnya seruan azan yang disyariatkna kepada kita. Cuba kita fikirkan adakah kita sombong atau x? Kita bernasib baik sebab Allah x ungkit apa yg Dia bagi kat kita. Kita jangan tunggu sampai Allah ungkit apa yang Dia bagi kat kita barulah kita nak tekejar2 ke tempat syiar dilaungkan...jangan kita sombong untuk menyahut seruan Allah. kalau sombong dengan manusia kita akan dibenci, jangan pula kita belagak sombong kepada Allah. kalau kita dengar syiar azan dilaungkan, tapi kita x pergi ke tempat syiar itu walau berkemampuan @ tiada sebarang keuzuran, kitalah hamba yang sombong pada Tuannya. dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Sama2lah kita menegur dan saling berpesan kepada kebenaran.)