Janganlah menangis
kalau tak tercapai cita-cita
bukan kah Allah yang telah menentukannya.
Janganlah menangis
nonton filem hindustan
bukan kah Allah yang telah menentukannya.
Janganlah menangis
nonton filem hindustan
itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis
kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Allah tetapkan.
Janganlah menangis
jika gagal dalam peperiksaan
mungkin kita kurang membuat
persediaan.
Jangan menangis
kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang
bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis
kalau tidak di naikkan pangkat
yakin lah... rezeki itu
adalah pemberian Allah.
Janganlah menangis
bila kita diabaikan
yakinlah bahawa Allah maha adil
mungkin kau akan dapat suatu yang lebih baik
janganlah menangis
bila melihat kawan menangis
bantulah dia kembali tersenyum
kerana itulah lebih baik untuknya
janganlah menangis
kalau terasa terpencil pedih dihati
ingatlah bahawa para nabi lebih pedih hatinya
pedih itu meneguhkan jiwa kita
janganlah menangis
kerana tangisan selain untuk Allah adalah merugikan
menagislah kerana takuti Allah
Nabi jua menangis dalam kesedihan kerana Allah
Tidak ku tunjukkan tangisku kepada insan
Tangisku hanya kutunjuk kepada Allah Yang Esa…