gambar sekadar hiasan
kawan...
apalah yang kau kesalkan...
kerana Tuhan kau kehilangan kawan...
kerana kebenaran dihina....
jangan kau ragu dalam keimanan...
kadang kadang kawan jadi lawan,
kadang kadang lawan jadi kawan,
apalah yang disedihkan hati?
setiap insan di dalam kekurangan....
jangan sedih selalu tersisih
bukan kau saja ditimpa malang
ingatlah...
para rasul mulia..
lebih tersiksa menderita..
tetapi mereka berasai ramai
walaupun keseorangan....
mereka bahagia dalam derita...
mereka kaya didalam papa..
mereka...
memadai dengan Tuhannya..
itulah kebahagiaan
diwaktu sempit seorang diri
kawan..
janganlah disedihkan hatimu....