Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur….nauzubillah…
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya tengok setiap hari pelanggannya datang, kadangkala jumlahnya terlalu ramai…
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (lagaknya bagai pemegang nobel matematik)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya "hang ni berniaga ka?"
saya menjawab: tidak. saya hanya…….
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan. ‘biasanya jika orang berniaga saja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tapi hang ni nak orang lain yang dapat untung padahal hang ni tak berniaga sama. awat jadi macam tu?"
perniagaan saingan tapi hang ni nak orang lain yang dapat untung padahal hang ni tak berniaga sama. awat jadi macam tu?"
Saya: Saya kesian dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. "baiklah. kalau hang nak pak cik lingkupkan perniagaan tu, hang cuma bawa barang-barang ni" lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
"sebelum itu, hang kena dapatkan nama tokei dia, atau nama kedai saja dah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup."
saya: ada…nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat…
"bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang hang hendak kenakan ini?" tanya bomoh tadi.
saya: er..KFC ……
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
‘Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniaga kecil kat luar sana. Kalau boleh tutup KFC,confirm pelanggan akan beralih ke kedai lain….(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu…. moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.
’sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa….. . hanya mengunakan tipu daya sahaja…dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini…kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga….atur startegi perniagaan dan amanah..
InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. …maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan izinNya…