skip to main | skip to sidebar

kata-kata harian

saya bantah harold mengguna kalimah Allah dalam penerbitan.



mari membaca al Quran

  • quran online
  • quran flash

Facebook Badge

Pak Long Evergreen

Create Your Badge

senang cari...

umum (28) luahan (21) heburan (19) sujudku (15) tahukah anda (12) bershama (7) hahha.... (6) kelas galak gedik gelenya...... (5) pendidikan (5) pendidikan khas (5) aku geram (3) anak manakan IB (2) tips (2) anak-anakku... (1) autisme (1) kerek (1)

pucuk ilmu

  • tok guru nik aziz
  • tuan guru haron din
  • dr fadzillah kamsah

taman ilmiah

  • dewan bahasa pustaka
  • fiqh dan sunnah
  • halaqah
  • harun yahya - english
  • harun yahya - melayu
  • luv islam
  • pendidikan khas
  • PERSADA
  • pondok
  • tanyalah
  • telaga biru
  • tutorial

pengisian

  • ► 2010 (22)
    • ► Apr 2010 (2)
    • ► Mac 2010 (7)
    • ► Feb 2010 (5)
    • ► Jan 2010 (8)
  • ▼ 2009 (84)
    • ► Dis 2009 (2)
    • ► Nov 2009 (18)
    • ► Okt 2009 (29)
    • ▼ Jul 2009 (28)
      • Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan be...
      • terkesima
      • senyum banana
      • tahukah anda(kumpulan artis nusantara)
      • Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda pepe...
      • assalamualaikum
      • ya ikhwanul muslimin… mari kita sama-sama congak, ...
      • bomoh VS ?????
      • nasi dah jadi bubur
      • lelaki VS perempuan
      • produk tempatan VS produk luar negara
      • rintihan hati bohsia suci
      • minyak wangi
      • talian sibuk
      • 7 sunnah rasulullah
      • DOA UNTUK KEKASIH
      • dari adam kepada hawa
      • orang yang didoakan oleh malaikat
      • serban Rasulullah
      • sujudku
      • tidak ku pinta.lahir kedunia...tidak ku duga,jadi ...
      • jejak kasih....
      • betulkah cara anda bersalam selama ini???
      • taubat seorang manusia berdosa
      • malaysiaku yang ku chentai....
      • frasa yang selalu perempuan ungkapkan....
      • sedikit teka teki yang di petik dari laman apa nta...
      • candid...
    • ► Jun 2009 (7)

sahabat seperjuangan

jeritan bertalu


ShoutMix chat widget

pemuda PAS Kedah

  • ahli parlimen PAS
  • pemuda negeri
  • padang teqap
  • sungai petani
  • padang seqai
  • baling
  • jeqelon
  • kola kedah
  • kubang pasu
  • meqebok
  • sik

che'gu lempoyang jenggot

blog yang membincangkan isu-isu yang tidak feymes seperti.........

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.

ubat pelbagai penyakit..insyaAllah.
anda mempunyai masalah gout? kencing manis? darah tinggi? insomnia??? berhubunglah dengan saya untuk mendapatkan susu kambing segera HiGoat. membantu anda hidup lebih ceria dan sihat. mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, minumlah susu kambing untuk mencegah penyakit lain. kan mencegah lebih baik dari mengubati. selain untuk kesihatan, susu kambing juga merupakan minuman sunnah yang diamalkan oeh Nabi Muhammad S.A.W.. anda tunggu apa lagi? minumlah susu kambing sebagai amalan sunnah dan kesihatan.. (sesiapa yang mengidupkan walau satu sunnah Nabi, maka dia memperoleh pahala seperti pahala 100 orang syahid)..untuk mendapatkan stok susu kambing, hubungi talian 0193858873. minumlah sekarang sebelum anda terlambat.

berjihadlah dengan bersedekah....

berjihadlah dengan bersedekah....
kami guru pelatih pendidikan khas berhajat kepada barang2 terpakai untuk diletakkan di kelas model pendidikan khas. antara bentuk barangan yang kami perlukan adalah soft toy, buku cerita, barangan eletronik, kain langsir, meja study, TV, radio, peti sejuk, permaidani, tikar getah, dan sebagainya. rasionalnya adalah kelas ini berfungsi sebagai makmal pendidikan khas yang menempatkan alat bantu mengajar dan sebagai kelas rujukan bagi guru2 pendidikan khas serta masyarakat prihatin yang peka terhadap kebajikan murid pendidikan khas. keterangan lanjut hubungi saya di talian 0133524189

pasal aku

Foto Saya
donat montel
seorang yang sangat ceria, "bertimbangrasa", mulut yang kejam, ganas dan maut....suka mengkritik pada suatu benda yang tidak disenangi..juga pengkritik tetap bagi pemegang tahi lalat berpuaka..seorang bakal pendidik untuk golongan berkeperluan khas..
Lihat profil lengkap saya

20090724

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada>aku? .”
Lalu Allh swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur pada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
pautan luahan

terkesima

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgniat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…”
Tok imam pun terkesima,terkedu & terpana…
pautan heburan

senyum banana


Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?”

============ ========= ========= ========= =========

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news….

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak.New baby! Ayo….saya manyak suka ati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali : ???????????? ?

============ ========= ========= ========= =========

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

“Mmmm, tulis saja “Sayang tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang cuma bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

“SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.”

============ ========= ========= ========= =========

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula ibunya.

Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm…. Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
pautan heburan

tahukah anda(kumpulan artis nusantara)

ni serba sikit berkenaan kumpulan artis yang kita kenali...sebagai rujukan anda sekiranya ingin membuat kajian berkenaan fenomena seni tanah air

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
Abang Haji…….. .KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan
ayat… TITEK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand…
HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND

14) Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL

15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED

16) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)

17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI

18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT

19) Penyanyi yang sentiasa tua
TO’KI

20) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh…
PRETTY UGLY

21) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA

22) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C

23) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW

24) Kumpulan yang sentiasa menyambut ‘HARI GURU’
TEACHERS PET

25) Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE

26) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK

27) Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM

28) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE

29) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDER

30) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA

31) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER

32) Kumpulan berani mati..
KAMIKAZE

33) Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC
pautan heburan

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….”

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???

Untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke Malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang Malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tetapi tentera Kuffar tetap menyerang Malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan, Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin. (ingat yer.. time ni hak asasi manusia yg korang dok kecoh kecoh tu dah takde makna dah ..)

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini. Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya raya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al- Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri- negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia …mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!! AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…. .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti…. Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda… Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2008…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera
bersekutu… Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan… .

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata… Anak kecil ditembak didepan mata… Isteri dirampas untuk diperkosa… . didepan mata!!!! kawan-kawan. ..sahabat taulan… ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa… Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA ,
SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN… ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ……

p/s:- Bersatulah semua wahai sahabat-sahabatku… kembalilah kepada ISLAM.tegakkan kembali sistem khalifah. Lupakanlah persengketaan politik.. dan Mantapkanlah Institusi Raja-Raja Melayu , Hormatilah Kedaulatan Raja-Raja Melayu iaitu raja KITA semua. Raja ialah Payung Negara Yang Berdaulat.

“Dunia ini tiada jaminan melainkan hanya satu peluang. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu meninggalkan agama.”
pautan luahan

assalamualaikum


Ilmu utk dikongsi bersama :-

Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz “assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh “waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Beri salam - “assalamualaikum”
Jawab salam - “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr..

Bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH ye”

Dan bukannya ” Kirim salam maut” statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”
Maksud singkatan ” Akum”

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform Akum dalam sms ataupun email. Perkataan “AKUM” adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan “Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT”. Mulai sekarang jika ada kawan-kawan hantar shortform “Akum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

sumber: email kamazeda01
pautan bershama
ya ikhwanul muslimin… mari kita sama-sama congak, berapa kali kita memanjatkan rasa syukur kita kepada ALLAH pada hari ini??berapa banyak kita merayu kepada ALLAH agar dihindarkan dari azab-Nya?berapa kali kita menegah diri kita dari kemungkaran?berapa kali kita melaksanakan perintah ALLAH dan Rasul-Nya?? berapa kali.....????

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ” - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
“Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita” -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. “Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2″ - Sahih Muslim
pautan luahan

bomoh VS ?????


Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur….nauzubillah…
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya tengok setiap hari pelanggannya datang, kadangkala jumlahnya terlalu ramai…
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (lagaknya bagai pemegang nobel matematik)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya "hang ni berniaga ka?"
saya menjawab: tidak. saya hanya…….
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan. ‘biasanya jika orang berniaga saja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tapi hang ni nak orang lain yang dapat untung padahal hang ni tak berniaga sama. awat jadi macam tu?"

Saya: Saya kesian dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. "baiklah. kalau hang nak pak cik lingkupkan perniagaan tu, hang cuma bawa barang-barang ni" lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
"sebelum itu, hang kena dapatkan nama tokei dia, atau nama kedai saja dah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup."
saya: ada…nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat…
"bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang hang hendak kenakan ini?" tanya bomoh tadi.
saya: er..KFC ……
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
‘Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniaga kecil kat luar sana. Kalau boleh tutup KFC,confirm pelanggan akan beralih ke kedai lain….(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu…. moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.
’sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa….. . hanya mengunakan tipu daya sahaja…dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini…kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga….atur startegi perniagaan dan amanah..
InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. …maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan izinNya…
pautan heburan

nasi dah jadi bubur

Sungguh memalukan!!

Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!, Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.

Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak! herdik bapak Liana.

Sudahlah bang, mak Liana menyampok, Kita bincangkan sekeluarga.

Nak bincang aper lagi? …anak awak nie dah mengaku….. . issshhh….. .. balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu… kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je… toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? … dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).

Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah… dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi…. jadilah….. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang… berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah… dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya… jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat….. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHH H!!!….. … dia terbang???.

Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I’ve made it!!!!!, dia memekik keriangan.

Finally dia dapat melawan fobianya… dia dah no longer afraid of height… sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi.. . selama ini dia takut….. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang… dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya. … Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani…. dia dah boleh terbang…
pautan heburan

lelaki VS perempuan

Satu seminar dia adakan oleh kumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing-masing. Beberapa orang dijemput berucap menceritakan pengalaman mereka.

“Saya menberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. “Pada malam pertama saya tidak nampak apa-apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang daripejabat, ” kata wanita pertama. Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.

“Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya. “Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiapa hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. “Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. “Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketigabarulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah!” sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan.

“Saya Affa,” kata wanita ketiga. “Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiapa hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh,” katanya. Penonton tetap bersemangat mendengar. “Pada hari pertama, saya tidak nampak apa-apa.Hari kedua juga tidak nampak apa-apa.”Mujurlah hari ketiga saya mula nampak sikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami,” katanya. Dewan itu tiba-tiba sunyi dan penonton melopong.
pautan heburan

produk tempatan VS produk luar negara


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”hehehe…
pautan heburan

rintihan hati bohsia suci


Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka… .

“Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!” Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

“Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?” Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?

“But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!” Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

“Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak ‘bite’ sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black.” Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

“Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!” Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih ‘raa’ dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.

“Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu.” Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke’cun’an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

“Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? ” tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat ‘makan sedap’ . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.

“Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!”
pautan heburan

minyak wangi


Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.”Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol,” katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. “Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau,” kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sed! ia lar nak keluar dari lif. “Proootttt!! ! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan “gas aslinya” dalam lif tu.

“Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,”kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.
pautan kerek

talian sibuk


Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat !!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3.. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7.. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.
pautan luahan

7 sunnah rasulullah

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam. ..

20090723

DOA UNTUK KEKASIH


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..

Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ke tepian yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami....

Tetapi ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....

Ya Allah.....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah....

Ya Allah.....
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka....
AMIN...AMIN...AMIN.... Ya rabbal 'aalamin

pautan luahan

dari adam kepada hawa


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang indah,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan jilbab yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan senangnya akan luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...
pautan luahan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

laguku...

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com

Blog Design by Gisele Jaquenod